Sunday, November 21, 2010

MAKLUMAT ASAS KAMPUNG


MAKLUMAT ASAS KAMPUNG

PARLIMEN : PONTIAN
AHLI PARLIMEN : YB EN. AHMAD BIN MASLAN
DUN : PULAI SEBATANG
AHLI DUN : YB DATO’ TEE SIEW KIONG
PEGAWAI DAERAH : Y. BHG. EN. MOHAMAD BIN HJ. KARIM
PENGHULU MUKIM : EN. AHMAD BIN WASIS
KETUA KAMPUNG : EN. AMIR BIN USOL


SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMPUNG PARIT PATAH

SEJARAH KAMPUNG

    
      Kampung Parit Patah adalah kampung induk yang terletak 5 km dari Bandar Pontian Kecil. Kampung ini telah dibuka atau diterokai oleh Tuan Hj. Marzuki bin Merah sekitar tahun 1900an. Panjang kampung ini adalah lebih kurang 2.4 km. Bermula dari Kampung Parit Mesjid, kemudian mematah ke kiri dan jalan tersebut mati di hujung kampung, maka  kampung ini dinamakan Kampung Parit Patah. Kampung ini mempunyai bilangan penduduk seramai lebih kurang 565 orang buat masa kini.

      Ketua Kampung yang pertama ialah Tuan Hj. Marzuki bin Merah. Yang kedua ialah En. Marsin bin Sumo. Ketiga ialah Hj. Muhamad bin Hj. Marzuki. Keempat ialah Tn. Hj. Jumiran bin Hj. Abd. Razak. Kelima En. Mohamad bin Jaid dan keenam ialah En. Amir bin Usol sehingga kini.

      Di kampung ini ada sebuah taman perumahan yang dinamakan Taman Selesa Jaya, yang telah dibina pada tahun 2000. Taman ini terdiri daripada 10 buah rumah teres 2 tingkat dan 40 buah rumah teres satu tingkat.
       Sumber ekonomi penduduk kampung, kebanyakkannya bekerja dengan kerajaan dan swasta, dan bakinya sebagai petani.

       Kampung Parit Patah dan rangkaiannya, Kampung Parit Bengkok terletak dalam kawasan (4) Mukim Pontian, temasuk dalam DUN Pulai Sebatang dan Parlimen Pontian serta sebahagiannya dalam DUN Pekan Nanas.
       Kampung ini mempunyai satu cawangan UMNO yang diketuai oleh Tn. Hj. Jumiran bin Hj. Abd. Razak.
      Sehingga kini, Kampung Parit Patah dan Kampung Parit Bengkok ditadbir oleh JKKK Kawasan (4) Mukim Pontian yang dipengerusikan oleh En. Amir bin Usol